Bot karam di perairan Mukah, cuaca buruk sukarkan SAR

Spread the love

KUCHING, 23 Sept : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa bot karam yang masih hilang di perairan Mukah akan disambung pagi esok.

Penolong Pengarah Kanan Unit Carilamat dan Bantuan Bencana Maritim Sarawak, Leftenan Komander Maritim Nurrul Elmi Ali berkata, operasi hari kedua telah diperluaskan kawasan pencarian namun masih gagal mengesan mangsa.

Ujar Nurrul Elmi, keadaan cuaca buruk pada hari kedua turut menyukarkan SAR.

“Operasi hari ini bermula pada pukul 8 pagi tadi.

“Kita tangguhkan operasi selepas semua aset kembali ke jeti pada pukul 5 petang.

“Radius pencarian hari ini melibatkan kawasan sekitar 10 batu nautika dari lokasi kesemua mangsa ditemui dan dipanjangkan sehingga 285 batu nautika persegi,” katanya.

Katanya, SAR hari kedua turut melibatkan pencarian menggunakan aset udara milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Labuan.

Dalam kejadian Selasa lalu, sebuah bot pemancing bersama 11 penumpang termasuk kru dan tekong dilaporkan karam di perairan Mukah selepas dipercayai menghadapi masalah enjin.

Lapan mangsa berjaya diselamatkan, dua meninggal dunia sementara seorang lagi masih hilang. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.