Bob Lokman meninggal dunia

Spread the love

KUCHING, 23 Sept : Pelakon, pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Bob atau nama sebenarnya, Mohd. Hakim Lokman dilaporkan meninggal dunia di kampung halamannya di Kubang Kerian, Kelantan.

Sebelum ini artis serba boleh berusia 58 tahun berkenaan pernah dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan akibat masalah komplikasi jantung.

Bob yang juga pernah bergelar pengacara televisyen sebelum ini terlibat menulis lirik beberapa lagu popular termasuklah Isabella nyanyian Search, Taman Rashidah Utama (Wings) dan Pusara Di Lebuh Raya (Ekamatra).

Baca artikel berkaitan > > > Jenazah Bob Lokman selamat dikebumikan

BERITA LANJUT MENYUSUL. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.