Bajet 2023 : Sarawak perlukan peruntukan lebih, kata Awang Tengah

Spread the love

KUCHING, 23 Sept : Pembentangan Bajet 2023 oleh Kerajaan Persekutuan pada bulan depan perlu memberi pertimbangan kepada keperluan Sarawak dengan memberi peruntukan yang lebih besar, kata Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata, ini kerana masih terdapat banyak projek naik taraf membabitkan infrastruktur dan logistik perlu dilakukan di Sarawak terutamanya kawasan pedalaman.

“Kita mahu peruntukan diberi untuk melaksanakan lebih banyak program ekonomi yang bertujuan untuk meningkatkan lagi kesejahteraan hidup masyarakat.

“Ini selaras dengan usaha kita untuk meningkatkan pendapatan rakyat dan membasmi kemiskinan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Anugerah Usahawan Bumiputera Sarawak (AUBS), di sini, hari ini.

Sementara itu, Awang Tengah berkata, tambahan peruntukan kepada Sarawak juga perlu bagi tujuan menaik taraf bidang pendidikan dan kesihatan Sarawak.

Dalam pada itu, beliau berkata, Sarawak memerlukan mekanisme untuk memperhalusi pelaksanaan projek sekiranya peruntukan diberi.

“Ini bagi memastikan projek yang bakal dijalankan atau sudah diluluskan dapat dilaksanakan serta disiapkan kerana mempunyai peruntukan.

“Jika tidak, peruntukan ada tetapi tidak dibelanjakan,” ujarnya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.