SUKMA: Lagi emas untuk Sarawak menerusi memanah

Spread the love

KUCHING, 22 Sept : Pasukan memanah wanita Sarawak memenangi satu lagi pingat emas hari ini menerusi Joey Tan, Supang Yahya dan Zakirah dalam kategori berpasukan recurve wanita.

Trio Sarawak itu menumpaskan pasukan Terengganu menerusi catatan 6-2 pada acara akhir yang berlangsung di Stadium Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan.

Joey turut menambah pingat perak dalam acara perseorangan recurve wanita manakala gangsa menjadi milik Supang.

Emas acara itu diraih oleh pemanah Wilayah Persekutuan, Alia Qursyiah Mazlan. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.