SUKMA: Bertrand Rhodict sumbang emas ke-21 Sarawak menerusi terjun

Spread the love

KUCHING, 22 Sept : Penerjun muda negara,Bertrand Rhodict Lises menghadiahkan pingat emas ke-21 kepada Sarawak pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 sebentar tadi.

Atlet berusia 17 tahun itu membuktikan keunggulannya apabila memungut 395.05 mata dalam final acara individu platform lelaki yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil hari ini.

Bertambah manis, pingat perak turut menjadi milik seorang lagi atlet Sarawak, Elvis Priestly yang memungut 372.10 mata.

Wakil Sabah, Muhammad Anilran pula berpuas hati dengan pingat gangsa apabila melengkapkan kesemua terjunan dengan 321.90 mata.

Semalam, Bertrand Rhodict turut menyumbang pingat perak menerusi acara satu meter individu lelaki.

Majlis penyampaian pingat turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato Sri Huang Tiong Sii. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.