SUKMA : Beregu campuran Sarawak tewaskan anak didik Razif Sidek, layak ke separuh akhir

Spread the love

KUCHING, 22 Sept : Pasangan beregu badminton Sarawak,Owen Ting Shih Wee dan Wong Ling Ching melakar sejarah apabila layak ke separuh akhir Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20.

Kejayaan itu lebih bermakna apabila mereka menumpaskan wakil Wilayah Persekutuan,Hoh Shou Wei dan Wong Kha Yan yang dibimbing oleh legenda badminton negara, Datuk Razif Sidek.

Pasangan itu menang dalam pertarungan tiga set dengan keputusan 24-22, 14-21 dan 18 -21 bagi membawa cabaran Sarawak ke separuh akhir dalam tempoh 30 tahun.

Ling Ching berkata, dia sangat berpuas hati apabila berjaya menewaskan pasukan hebat.

“Saya rasa lebih bersemangat dan mahu meneruskan perjuangan ini,”katanya.

Ling Ching sebelum ini menarik diri daripada menyertai kejohanan badminton di Indonesia dan India kerana mahu memberi tumpuan kepada SUKMA 2022.

Sementara itu dia menambah, faktor kehadiran penyokong dan pasukan sorak Sarawak juga turut memberi motivasi untuk mereka bangkit dan melakar kemenangan. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.