SUKMA: Atlet Sarawak lakukan panahan emas di Nilai

Spread the love

KUCHING, 22 Sept: Kilauan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20 terus dijelmakan oleh barisan atlet Sarawak yang sedang membawa cabaran Bumi Kenyalang.

Terbaharu pingat emas ke-22 dihadiahkan oleh pasangan beregu campuran memanah, Cecil Nathanael dan Joey Tan yang unggul dalam kategori recurve mixed di Stadium Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan.

Pada aksi final,duo Sarawak itu mempamerkan ketenangan untuk melakukan bidikan tepat sekaligus menewaskan wakil Pulau Pinang, Naveer Fikri dan Khiritigaa dengan keputusan 6-4.

Pingat gangsa acara itu dimenangi oleh atlet Selangor. -TVS

 

 


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.