Kapal karam di perairan Mukah, satu mayat ditemukan, lapan selamat

Spread the love

MUKAH, 22 Sept : Pihak berkuasa berjaya menemukan satu mayat kejadian bot karam di perairan Mukah, petang semalam.

Ketua Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Mukah, Kepten Zuriza Sharkawi berkata, lapan lagi penumpang bot itu ditemui selamat.

“Ketika ini pihak berkuasa masih meneruskan operasi mencari dua mangsa yang dilaporkan masih hilang,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan di sini >>> Bot karam di Mukah, sembilan dilaporkan hilang

Semalam, Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Kuching memaklumkan kejadian berkenaan melibatkan bot bernombor SF2-2837 yang karam bersama 11 mangsa pada jarak lebih kurang 34 batu nautika dari barat laut Mukah.

Zuriza memberitahu,dua mangsa ditemui oleh Kapal Capela manakala empat individu pula diselamatkan oleh bot nelayan.

“Mangsa yang meninggal dunia ditemui oleh pencari Himajaya 7, kapal berkenaan juga menemui dua mangsa yang masih hidup di sekitar kawasan itu,”katanya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan APM dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.