INNERGIA, RHAZES bekerjasama tingkat keupayaan pendigitalan

Spread the love

KUCHING, 22 Sept : Innergia Labs Sdn Bhd (INNERGIA), syarikat peneraju global dalam analisis data perisikan dan pakar dalam data Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Rhazes Consultancy Services Sdn Bhd (RHAZES) baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas SYCARDA, Vernon Chua berkata, MoU berkenaan bertujuan untuk membantu pembekal kesihatan di bawah platform RHAZES untuk membangunkan keupayaan pendigitalan dan analisis data untuk perniagaan.

“Analisis data merupakan alat penting bagi pengamal kesihatan kerana ianya membantu untuk mengenal pasti mereka yang berisiko tinggi dan memberi intervensi yang betul pada masa yang sesuai.

“Ini sekaligus membolehkan pesakit memahami sendiri tahap kesihatan mereka agar dapat memantau dan meningkatkan kualiti hidup,” katanya menerusi kenyataan media baru-baru ini.

Pendigitalan penjagaan kesihatan juga ujarnya mengembalikan tumpuan pesakit kerana dapat menjimatkan masa, meningkatkan ketepatan rekod intervensi dan mengurangkan kesilapan.

‘Systematic Collection and Analysis of Retail Data’ atau SYCARDA diperkenalkan oleh INNERGIA, merupakan satu penyelesaian data analitik berasaskan ‘cloud’ yang dapat membantu untuk mengurangkan kos dan pada masa yang sama dapat meningkatkan hasil menerusi data transaksi pada masa sebenar.

Majlis menandatangani MoU itu turut dihadiri Presiden Persatuan Pakar Optometri Malaysia (AMO) ,Ahmad Fadhullah Fuzai, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Hasil SYCARDA,Justin Chan,Ketua Pegawai Operasi, Jack Shen Lim dan Ketua Pegawai Operasi RHAZES, Noorasmah Noordin. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.