Bot karam di perairan Mukah, dua mangsa disahkan meninggal dunia

Spread the love

MUKAH, 22 Sept : Dua daripada 11 mangsa bot karam di perairan Mukah disahkan meninggal dunia.

Penolong Pengarah Kanan Unit Carilamat dan Bantuan Bencana Maritim Negeri Sarawak, Leftenan Komander Maritim Nurrul Elmi Ali berkata, lapan mangsa selamat manakala seorang lagi masih hilang.

“Operasi carilamat masih diteruskan sehingga pukul 6 petang ini.

“Cuaca sepanjang hari ini amat baik sekaligus memudahkan proses pencarian,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Menurutnya, kesemua mangsa merupakan lelaki warga tempatan yang berumur dalam lingkungan 30-an 60-an.

Menurut laporan awal, bot berkenaan dipercayai karam di perairan Mukah pada 20 September kira – kira pukul 8.30 malam pada kedudukan lebih kurang 34 batu nautika dari barat laut Mukah.

Hari ini Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak mengesahkan dua mangsa yang selamat ditemui oleh kapal MT Capella. -TVS.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.