Bot karam di Mukah, sembilan dilaporkan hilang

Spread the love

MUKAH, 22 Sept : Sembilan mangsa dikhuatiri hilang dalam kejadian bot karam di perairan Mukah semalam.

Menurut maklumat awal Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim ( MRSC) Kuching, insiden berkenaan melibatkan bot bernombor SF2-2837 yang karam bersama 11 mangsa.

“Kejadian berlaku di kedudukan lebih kurang 34 batu nautika dari barat laut Mukah.

“Sehingga kini dua mangsa ditemui selamat dan sembilan mangsa lagi masih belum ditemui,” jelas MRSC menerusi kenyataan media.

MRSC di Kuching sedang mengumpul maklumat lanjut dan operasi mencari menyelamat kini diteruskan oleh pihak berkuasa.

Sementara itu menurut sumber, bot berkenaan berkenaan dipercayai digunakan untuk aktiviti memancing pada 20 September lepas.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.