Tiga pekerja kafe di Tanjung Batu cedera akibat letupan saluran LPG

Spread the love

BINTULU, 21 Sept : Tiga pekerja sebuah kafe cedera akibat letupan saluran gas petroleum cecair (LPG) di bahagian dapur premis itu dalam kejadian di Tanjung Batu,dekat sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu, Timbalan Penguasa Bomba 1, Christus Buson berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 2.47 petang.

“Setibanya di lokasi kejadian pada pukul 2.54 petang, pasukan kami mendapati beberapa bahagian cermin kaca dan siling mengalami kerosakan dan berlaku kebakaran kecil di bahagian dapur.

“Mereka yang cedera termasuk dua lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 50-an yang mana salah seorang mengalami kelecuran tahap satu di bahagian muka,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menurut Christus, seorang lagi pekerja wanita warga Indonesia pula mengalami kelecuran tahap dua dan dihantar ke Hospital Nyabau, Bintulu. -TVS

 


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.