PRU15: Polis jamin keselamatan rakyat keluar mengundi

Spread the love

KUCHING, 21 Sept: Polis memberi jaminan keselamatan kepada pengundi yang akan melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemilih pada pilihan raya umum ke 15 yang akan datang.

Menurut Pemangku Pengarah Cawangan Khas, Dato’ Baharuddin Ahmad, ia adalah bagi memastikan PRU15 yang akan datang berjalan dengan lancar.

“Kami akan memastikan keselamatan rakyat yang keluar mengundi pada pilihanraya yang akan datang terjamin.”

Ujarnya, pengundi juga tidak perlu risau kerana polis memberi jaminan keselamatan serta ketenteraman awam sepanjang proses pengundian.

Tambahnya lagi, pihaknya turut akan bekerjsama dengan kerajaan Sarawak bagi menjaga keselamatan rakyat.

“Pihak cawangan khas akan bekerjasama dengan kerajaan Sarawak untuk memastikan rakyat Sarawak berada dalam keadaan selamat.”

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.-TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.