Kes jenayah di bandaraya Miri menunjukkan penurunan yang positif

Spread the love
MIRI, 21 Sept : Kadar jenayah di Miri bagi tempoh Januari sehingga Ogos 2021 telah menunjukkan penurunan yang ketara iaitu sebanyak 51 peratus jika dibandingkan dengan tempoh yang sama pada tahun 2021.

Persiapan awal dari segi mental & fizikal, persiapan rapi & terperinci dan tindakan susulan merupakan antara perkara yang dititikberatkan oleh pihak polis dalam menyelesaikan kes jenayah dalam masa yang singkat.

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu, kes jenayah harta benda dan jenayah kekerasan telah menunjukkan penurunan pada tahun ini berbanding tahun lepas.

“Jumlah kes jenayah harta benda yang dilaporkan pada tahun 2021 adalah sebanyak 342 kes, berbanding dengan 157 kes yang dilaporkan pada tahun ini.

“Manakala bagi jenayah kekerasan pula, sebanyak 62 kes telah dilaporkan pada tahun 2021, berbanding dengan 40 kes sahaja yang dilaporkan pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian di Perhimpunan Bulanan IBU Pejabat Polis Daerah Miri bagi bulan September pada hari ini.

Beliau juga memaklumkan berkenaan sebuah operasi yang dikenali sebagai OP Dadu yang telah dilaksanakan bagi membanteras aktiviti perjudian di Miri.

“Dalam tempoh kajian iaitu dari Januari 2022 sehingga Ogos 2022, pihak polis telah menjalankan operasi yang dikenali sebagai OP Dadu, ke atas aktiviti perjudian dan sebanyak 206 serbuan telah dilakukan ke atas premis-premis yang didapati terlibat dengan aktiviti perjudian,” katanya lagi.

Premis-premis tersebut telah dikenakan tindakan pemotongan elektrik, manakala individu yang ditangkap telah pun dituduh di mahkamah.

Pemantauan secara berkala akan diteruskan bagi mencegah aktiviti jenayah yang tidak sihat ini dari terus berlaku di bandaraya Miri. -TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.