Charity Food Fair 2022 kembali untuk tingkatkan kesedaran terhadap komuniti pekak di Kuching

Spread the love

KUCHING, 21 Sept: Acara tahunan Charity Food Fair 2022, yang bakal berlangsung pada 2 Oktober ini diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran awam tentang budaya dan bahasa komuniti pekak.

Ernest Ting, Pengurus Persatuan Orang Pekak Sarawak berkata selain daripada penjualan makanan, pengumpulan dana juga akan diadakan di acara tersebut bagi keberlangsungan operasi Persatuan Orang Pekak Sarawak.

“Kami menganggarkan dana lebih kurang RM100,000 dari orang awam bagi acara kali ini” katanya.

Bengkel latihan, kem motivasi dan banyak lagi aktiviti bakal dianjurkan oleh persatuan ini agar dapat meningkatkan gaya hidup komuniti pekak, disamping mencari peluang pekerjaan untuk mereka secara aktif.

Aktiviti tahunan lain seperti tusyen bagi kanak-kanak pekak, kelas Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) dan latihan jurubahasa juga turut diadakan di pusat persatuan tersebut bagi meningkatkan kemahiran sosial mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus Persatuan, Encik Ernest Ting di talian 016-8716216 atau emel kepada [email protected] – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.