TYT terima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia

Spread the love

KUCHING, 20 Sept : Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, B.N. Reddy, di kediaman rasmi beliau di Demak Jaya, di sini.

Rombongan tersebut diiringi oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh.

Reddy ketika ditemui media berkata bahawa kunjungan hormat tersebut merupakan sebahagian daripada aturcara beliau sempena kunjungannya ke Sarawak yang diadakan bertujuan untuk menarik lebih ramai pelancong India ke Sarawak.

“Tujuan utama lawatan ini adalah untuk menyertai operator pelancongan dan konvensyen India yang dikenali sebagai Persekutuan Ejen Pelancongan India (TAFI) dan 500 orang daripadanya kini semua berada di sini.

“Mereka akan memulakan konvensyen, melawat Lembaga Pelancongan Sarawak dan agensi Tourism Malaysia dalam usaha untuk menarik lebih ramai pelancong India ke Sarawak,” katanya.

Selain itu, beliau juga amat berbesar hati kerana budaya dari India amat diterima oleh masyarakat di Sarawak.

“Beliau (Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud) menerangkan kepada kami bagaimana orang India dialu-alukan, budaya India, tradisi India, muzik India khususnya sangat popular di Sarawak dalam kalangan semua suku kaum di sini.

“Jadi, saya berharap muzik dan segala aspek lain dapat terus menyumbang dan membantu mengeratkan lagi hubungan kita,” katanya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.