SUKMA: Wei Hii hadiahkan emas kedua untuk Sarawak

Spread the love

KUCHING, 20 Sept : Puong Wei Hii sekali lagi menghadiahkan emas buat Sarawak menerusi acara renang 200 meter kuak lentang lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20 hari ini.

Wei Hii merekodkan catatan terpantas iaitu 2:07:71 saat sekaligus menewaskan Joel Ling Thai Yu dari Brunei yang mencatatkan masa 2:12.91 saat.

Wakil Melaka, Low Zheng Yong pula membawa pulang gangsa.

Ini merupakan emas peribadi kedua Wei Hii setelah memenangi emas dalam acara renang 100 meter kuak dada lelaki semalam.

Baca artikel berkaitan > > > SUKMA : Sarawak mulakan aksi kolam renang dengan emas dan perak

Selain itu, Sarawak turut merangkul pingat perak dan gangsa dalam acara renang 100 meter bebas wanita masing-masing menerusi Leong Wan Mei (59.14 saat) dan Kelly Teo Yao (59.27 saat). – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.