SUKMA : Ally Hamuda Abdullah menang emas gimnastik artistik

Spread the love
KUALA LUMPUR, 19 Sept : Gimnas lelaki Sarawak, Ally Hamuda Abdullah menyumbang pingat emas acara rings lelaki pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20 hari ini
 
Menurut SukanSarawak, Ally Hamuda memungut mata keseluruhan 12.867 pada aksi final yang berlangsung di Gimnasium 3, Kompleks Sukan Bukit Jalil.
 
Atlet Pulau Pinang meraih perak manakala peserta Perak membawa pulang pingat gangsa.
 
Selain kejayaan Ally Hamuda, Sarawak turut meraih tiga lagi pingat emas hari ini menerusi boling beregu wanita, renang kuak dada lelaki dan menembak trio wanita.
 
Sarawak kini mengumpul 11 emas, 15 perak dan 20 gangsa serta berjaya memperbaiki kedudukan pingat ke tempat keenam berbanding kelapan semalam. -TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.