SUKMA 20: Sarawak tuai emas dalam acara terjun seirama lelaki

Spread the love

KUCHING, 20 Sept: Kontinjen Sarawak menuai sebutir lagi pingat emas hari ini apabila acara terjun seirama lelaki berjaya mempamerkan aksi emas di Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20 hari ini.

Kejayaan itu hadir menerusi pasangan Elvis Priestly Clement dan Jared Aiden Harold yang berjaya mengumpulkan 334.44 mata dalam acara itu.

Pasukan dari Wilayah Persekutuan yang diwakili oleh Nurqayyum Nazmi Mohamad Nazim-Yong Rui Jie merangkul pingat perak dengan kutipan 329.82 mata.

Manakala pasukan Sabah yang di wakili Julfaddli Jali- Mohd Anilrian Normatrud Abdullah mengumpul 291.78 mata untuk mengakhiri saingan dengan pingat gangsa. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.