Remaja perempuan hilang ditemukan terapung di Pantai Coco Cabana

Spread the love
SIBU, 20 Sept: Remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang selepas gagal pulang ke rumahnya pada petang Ahad ditemui lemas selepas mayatnya dibawa arus ombak di Pantai Coco Cabana di sini pada petang semalam.
Tang Mei Ling, dijumpai terapung kira-kira 100 meter dari Pos Kawalan Bomba (PKB) pada pukul 4.31 petang.
Pemangku Ketua jabatan bomba dan penyelamat Malaysia Zon 6 Miri, Penguasa Kanan Bomba II (PgKB II) Ahmad Nizam Sapaiee berkata, mayat mangsa berjaya dijumpai kira-kira sembilan jam selepas Operasi mencari dan menyelamat (SAR)  yang diaktifkan pada pukul 7.31 pagi semalam.
“Mayat mangsa mula dilihat timbul oleh ibunya yang turut berada di PKB sebelum penemuan itu dimaklumkan kepada pasukan SAR yang kemudian mengikuti mayat yang dibawa arus ombak sehingga ke pantai bersebelahan dengan Dewan Majlis Bandaraya Miri (MBM),” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Katanya, mayat mangsa telah dibawa keluar ke darat menggunakan pengusung pada pukul 5.20 petang dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Sejurus penemuan itu, operasi SAR telah ditamatkan pada pukul 6.00 petang selepas pasukan perubatan Hospital Miri mengesahkan mangsa telah meninggal dunia pada pukul 5.55 petang.
Terdahulu, bapa mangsa, Tang Hung Chung telah membuat laporan polis selepas mendapati anaknya gagal pulang ke rumah sekitar pukul 3.00 petang Ahad.
Bapanya kemudian cuba menghubungi telefon bimbit anaknya namun dijawab orang awam yang mendengar telefon berdering yang berada di atas bangku berhampiran pantai Coco Cabana.
Orang awam juga memaklumkan kepada ayah mangsa bahawa barangan peribadi dipercayai milik mangsa termasuk beg tangan, sepasang kasut, ikat rambut dan barang kemas juga ditemui di lokasi sama.
“Bimbang mengenai keberadaan anaknya, ayah mangsa telah membuat laporan polis dan seterusnya  datang ke BBP Miri Sentral untuk memaklumkan tentang kehilangan anaknya,” kata Ahmad Nizam. -TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.