Penjenayah etnik Rohingya terlibat kes samun bersenjata dicekup polis

Spread the love
GEORGE TOWN, 20 Sept : Polis terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah sebuah kereta dalam usaha menahan penjenayah warga asing yang cuba meloloskan diri daripada ditahan di Relau, Bayan Lepas di sini semalam.
 
Hasil operasi itu, seorang lelaki etnik Rohingya berusia 25 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan samun bersenjata di sebuah rumah di Gelugor di sini Sabtu lalu berjaya dicekup.
 
Sebelum itu, pasukan dari Bahagian Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut telah memeriksa sebuah kereta jenis Proton Wira yang dinaiki tiga lelaki di sebuah persimpangan lampu isyarat di Sungai Ara di sini kira-kira pukul 4.30 petang.
 
Suspek kemudiannya dikatakan melarikan diri dengan mengundur kereta sebelum melanggar motosikal yang dinaiki oleh anggota D9 yang mengikuti operasi.
 
Pihak polis dikatakan terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah tayar hadapan sebelah kiri kereta dinaiki tiga suspek tersebut.
 
Suspek bagaimanapun terus memandu kereta itu sejauh kira-kira empat kilometer sebelum salah seorang daripadanya berjaya diberkas, manakala dua lagi rakannya melarikan diri.
 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal ketika dihubungi mengesahkan mengenai penangkapan tersebut. – TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.