Capaian internet di 600 buah kampung pedalaman di Sarawak selesai menjelang 2024

Spread the love

KUCHING, 20 Sept: Lebih 600 buah kampung di seluruh Sarawak akan menerima capaian internet menerusi perlaksanaan fasa kedua Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, pihaknya mengambil inisiatif penggunaan teknologi satelit bagi menggantikan pembinaan jaringan fiber optik dan pembinaan menara telekomunikasi yang mengambil masa terlalu lama untuk disiapkan di kawasan berkenaan.

“Kita telah kenal pasti lebih kurang 600 lebih perkampungan yang mengalami kelewatan disebabkan kesukaran pembinaan fiber optik, menara dan sebagainya.

“Oleh itu, kerajaan akan melaksanakan penggunaan teknologi satelit  bagi memastikan kawasan-kawasan ini mendapat capaian internet secepat mungkin.

“Untuk negeri Sarawak ini kita komited dan dengan dukungan yang kuat, komitmen yang kuat, kita komited dalam masa tiga tahun menjelang 2024, seluruh Sarawak ini perlu ada ketersambungan termasuk di kawasan pedalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir menyempurnakan penyerahan PerantiSiswa Peringkat Negeri Sarawak di Institut Pendidikan Guru (IPG) Batu Lintang, di sini hari ini..

Melalui JENDELA sebanyak 1400 buah kampung seluruh negara dikenalpasti bagi penyediaan kemudahan tersebut dan daripada jumlah itu lebih kurang 600 buah kampung adalah di Sarawak.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.