SUKMA : Hayunan emas Lavinia dan Nur Hazirah gegarkan gelanggang boling 

Spread the love
PETALING JAYA, 19 Sept : Lavinia Kho Jia Jie sekali lagi mencuri tumpuan susulan kejayaannya merangkul emas kedua acara boling pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke- 20 Kuala Lumpur, di sini petang tadi.
 
Gandingan gadis berusia 18 tahun itu bersama Nur Hazirah Ramli mengumpul keseluruhan 2,364 jatuhan pin sekaligus menewaskan wakil Melaka,Nurul Natasha Md Fadzwin dan Puteri Nur Shahira Ahmad Shahridzal yang menjatuhkan 2,306 pin.
 
Lavinia melakukan 1,190 manakala Nur Hazirah membenam 1,174 pin.
 
Johor pula membawa pulang pingat gangsa.
 
Semalam duo Sarawak itu turut menunjukkan taring dalam acara perseorangan apabila Lavinia meraih emas manakala Nur Hazirah membawa pulang perak.
 
Sementara itu, hasrat Sarawak untuk menambah kilauan emas acara trio tidak kesampaian apabila pasukan lelaki yang dibarisi Abner Loo, Musayyar Khalid dan Abang Afiq Yazid Abang Azman nenamatkan aksi dengan pingat gangsa selepas mengumpul 3,665 pin.
 
Saingan sengit hinga frame terakhir di Pusat Boling Megalanes menyaksikan Sarawak tewas enam pin kepada Pulau Pinang yang meraih emas dan dibezakan dua pin dengan Wilayah Persekutuan yang membawa pulang pingat perak.
Dalam kategori wanita, trio Sarawak yang dibarisi Nur Aina Kamalia Abdul Ayub, Asya Dania Azree dan Gillian Lim pula menamatkan cabaran di tangga kelima.
 
Pendahulu blok pertama,Perak mengekalkan aksi kemas dalam tiga permainan terakhir untuk menang emas manakala Terengganu dan Selangor masing – masing membawa pulang perak dan gangsa. -TVS
Tags: boling, emas, sukma

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.