Pesta Tanglung Bahagian Mukah 2022 Tarik ribuan Pengunjung

Spread the love
MUKAH, 19 SEPT : Kemeriahan sambutan Pesta Tanglung Bahagian Mukah yang diadakan pada Ahad di Dataran Pehin Setia Raja Mukah mendapat sambutan yang amat mengalakkan dari masyarakat setempat.
 
Dianggarkan lebih 2,000 pengunjung dan peserta membanjiri tapak program dengan kehadiran 23 kontinjen dari pelbagai persatuan Cina di Mukah dan 5 kontinjen dari sekolah-sekolah di Mukah.
 
Diadakan buat julung kalinya di Bahagian Mukah, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak selaku Ahli Parlimen Mukah Dato’ Hanifah Hajar Taib hadir bagi merasmikan program berkenaan.
 
Beliau yakin bahawa dengan program kebudayaan sedemikian ia perlu diteruskan bagi tatapan generasi muda setelah sekian lama masyarakat berhadapan dan terkurung dengan Pandemik Covid-19
 
“Ini adalah inisiatif saya untuk mengangkat semangat kita semua selepas berkurung lama dari pandemik Covid-18 dan saya mahu memastikan keceriaan pada wajah anak anak kita terpancar
 
“Saya merasakan jika kita tidak melaksanakan sambutan seperti hari ini, mungkin sukar bagi kita pada masa akan datang, dan saya mahu program kebudayaan kaum ini mesti berterusan diadakan,” katanya berucap dalam majlis perasmian Pesta Tanglung di sini pada malam
Ahad.
 
Hanifah turut yakin  dengan adanya program kebudayaan tersebut semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelabagai kaum khasnya di Mukah dapat di perkukuhkan.
 
“Semangat kesepakatan dan kerjasama perlu diterusakan supaya kita sentiasa menwujudkan budaya positif kerana ia  penting bagi memastikan keharmonian semua.
 
“Terima kasih semua kerana menyertai program kita pada hari ini, saya berharap majlis yang diadakan untuk semua masyarakat kita akan sentiasa diterima baik dan kita realisasikannya dengan lebih meriah untuk yang masa akan datang bagi mengukuhkan semangat perpaduan antara kaum di Mukah,” jelasnya.
 
Ketua masyarakat setempat, Penghulu Lee Liong Ing pula mengakui masyarakat Mukah adalah contoh terbaik bagaimana kesepaduan antara kaum berlaku dan ia terbukti melalui penglibatan masyarakat pelbagai kaum dalam Pesta Tanglung berkenaan.
 
“Sebenarnya Pesta Tangkung di Malaysia ini bukan lagi perayaan untuk masyarakat cina sahaja malah semua kaum utama turut meriahkan bersama, lihatlah  di sekitar kita rakan-rakan dari bangsa lain turut bersama-sama  kita pada malam ini, ia sudah terbukti berlaku di Mukah,” jelasnya.
 
Pesta Tanglung dikenali sebagai perayaan musim luruh atau perayaan kuih bulan dan secara tradisiinya pesta ini menandakan berakhirnya musim menuai.
 
Ia disambut pada hari ke-15 iaitu bulan kelapan dalam Kalender Lunar Cina dan bagi perarakan Pesta Tanglung  tersebut peserta telah berjalan
mengelilingi Dataran Boulevard Setia Raja Mukah
 
Turut diadakan persembahan tarian singa dan naga, persembahan wushu, persembahan daripada 24 Season Drum dan persembahan nyanyian dari penyanyi tempatan -TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.