Isteri juruterbang helikopter terhempas tuntut mayat di HRPB

Spread the love

IPOH, 19 Sept: Isteri kepada juruterbang yang maut dalam nahas helikopter terhempas di Hutan Simpan Chikus, Bidor baru-baru ini, telah menuntut mayat mendiang di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.

Isteri mangsa yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard tiba kira-kira 10.40 pagi dengan ditemani seorang wanita, manakala mayat mendiang dibawa keluar dari jabatan forensik tersebut pada 11.15 pagi.

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Leung berkata pihaknya akan mengadakan pembakaran mayat Tsz Kin Richard Chan di Ipoh dan abu mayat mendiang akan dibawa pulang ke Hong Kong sebelum disemadikan mengikut upacara keagamaan.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Siasatan kes helikopter terhempas di Bidor bermula hari ini
  2. 2. Juruterbang helikopter yang hilang, ditemui mati
  3. 3. Helikopter putus hubungan, tidak mendarat di Ipoh ikut jadual
  4. 4. Sistem radar KLATCC rekodkan kehilangan ketinggian mendadak helikopter yang terputus hubungan
  5. 5. Juruterbang helikopter yang hilang, ditemui mati

 

Leung yang bertutur dalam Bahasa Kantonis bagaimanapun enggan mendedahkan lebih lanjut lokasi pembakaran mayat.

Dalam kejadian 11 Sept lepas, juruterbang warganegara Hong Kong berusia 58 tahun itu maut apabila helikopter yang dipandunya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di sini, terhempas di hutan tersebut.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong dilaporkan berkata pesawat jenis Eurocopter EC120B milik syarikat swasta itu gagal dihubungi selepas berlepas dari Subang dan terputus hubungan radio dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) pada 12.16 tengah hari. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.