COVID-19: Tiga kematian dicatat di Sarawak

Spread the love

KUCHING, 19 Sept : Sebanyak 683 kes baharu COVID-19 direkodkan di Sarawak bagi tempoh 4 hingga 10 September lepas.

Terdapat tiga kematian dicatatkan dalam tempoh tersebut, dengan Miri mencatatkan 2 kematian dan Limbang dengan 1 kematian.

Dalam pada itu, jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 314, 504 kes sejak permulaan pandemik.

“Daripada jumlah kes baharu yang disahkan, 27 kes berada pada kategori klinikal 3, 4 dan 5,” jelas JBPN Sarawak menerusi kenyataan media hari ini.

Kuching merekodkan bilangan kes tertinggi iaitu 222 kes, diikuti Sibu (114), Miri (98), Bintulu (57) dan Samarahan dengan 28 kes.

Daerah seperti Saratok, Tebedu, Belaga dan Sebauh tidak mencatatkan sebarang kes. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.