SUKMA: Emas lompat bergalah milik Sarawak, Evelyn tewaskan pemenang Sukan SEA

Spread the love
KUALA LUMPUR, 18 Sept: Stadium Nasional Bukit Jalil terus menjadi ‘lubuk emas’ buat kontinjen Sarawak apabila Evelyn Tan Xie Yie berjaya menyumbang pingat emas acara lompat bergalah wanita Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20, hari ini.
 
Evelyn Tan mengenepikan wakil Pahang, Nor Sarah Adi yang memenangi pingat emas acara itu pada Sukan Sea Hanoi.
 
Nor Sarah yang dikejutkan dengan kehilangan galahnya sebelum acara bermula gagal menempatkan diri pada kedudukan pingat.
 
Evelyn Tan melepasi halangan 2.90 meter manakala Nur Anis Natasha Abdul Razif dari Wilayah Persekutuan meraih pingat perak dengan rekod 2.80 meter.
 
Atlet Pulau Pinang, Ch’ng Qin Yan pula meraih pingat gangsa dengan rekod 2.50m. -TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.