Raya Khas perkenalkan konsep pembelian kereta recond `custom order’ yang pertama di Sarawak melalui `I-Direct by Raya Khas’

Spread the love

KUCHING, 18 Sept : Syarikat automotif, Raya Khas Sdn Bhd memperkenalkan konsep pembelian kereta ‘recond’ dalam talian yang pertama di Sarawak, secara `custom order’ melalui `i-Direct by Raya Khas’.

Penyelaras Raya Khas Sdn Bhd, Roy Mohd Johnny berkata, program berkenaan merupakan inisiatif pihaknya dalam usaha mewujudkan penyelesaian kepada masalah yang kerap dihadapi oleh pelanggan.

Katanya, melalui i-Direct by Raya Khas, pelanggan boleh memiliki kereta idaman mereka dengan lebih telus, cepat dan selamat tanpa melalui orang tengah.

“Melalui Raya Khas, i-Direct by Raya Khas ini, pelanggan juga boleh memilih kenderaan yang mereka inginkan,mengikut bajet, spesifikasi,kondisi kereta, warna dan sebagainya,”katanya.

Beliau menambah, alternatif ini secara tidak langsung mampu mengurangkan risiko pelanggan ditipu.

Untuk maklumat, program `i-direct by Raya Khas’ melibatkan empat peringkat yang dikenali sebagai ‘ODAR’ di mana yang peringkat pertama merangkumi pencarian maklumat berkaitan model kereta (O), diikuti dengan pemberian deposit, pinjaman dan pengesahan model kereta selepas kelulusan pinjaman (D), ketibaan kenderaan, pemeriksaan dan pendaftaran (A) dan akhir sekali, sedia untuk penghantaran kepada pelanggan (R ).

Raya Khas Sdn Bhd merupakan syarikat automotif Bumiputera di Sarawak yang mempunyai kepakaran dalam memenuhi kemahuan pelanggan untuk mendapatkan kereta idaman mereka melalui konsep 3A, iaitu ‘Accepted Quality’ (atau Kualiti Diterima), ’Affordable Price’ (atau Harga Berpatutan), dan ‘After Sales-Parts’ (Alat Gantian Selepas Jualan).

Sempena Kempen Merdeka Bonanza RK, Raya Khas Sdn Bhd akan mengadakan siri jerayawara di Vivacity Megamall Kuching bermula 30 September 2022 hingga 2 Oktober 2022. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.