SUKMA : Pasukan kabaddi wanita Sarawak ke separuh akhir

Spread the love

KUALA LUMPUR, 17 Sept : Pasukan kabaddi wanita Sarawak mara ke separuh akhir acara berkenaan yang akan berlangsung petang ini.

Aksi di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Majlis Sukan Negara (MSN) Kampung Pandan di sini menyaksikan Sarawak yang dibimbing P.Ganisan berjaya mencatat kemenangan besar 62 – 31 ke atas Pulau Pinang dalam aksi terakhir kumpulan.

Semalam, Sarawak turut unggul apabila membelasah dua lagi pasukan utara iaitu Perlis (64-19) dan Kedah menerusi keputusan 44-22.

Pengurus pasukan, S. Muttiah berkata, dia berharap momentum kemenangan akan diteruskan dalam aksi separuh akhir petang ini.

“Ini merupakan penyertaaan kita selepas sembilan tahun dan sudah tentu pasukan berharap dapat menyumbang pingat kepada kontinjen Sarawak,” katanya.

Kapten pasukan wanita Sarawak, Nur Ismahani Isnizam berkata, kejayaan melangkah ke separuh akhir sangat bermakna kerana mereka telah berlatih sejak tujuh bulan lepas.

“Petang ini kami akan teruskan perjuangan dalam usaha mencari slot ke final,”katanya.

Sementara itu, pasukan lelaki juga masih berpeluang untuk mara ke peringkat seterusnya apabila menewaskan Pinang dengan keputusan 57-33 dan seri 37-37 bertemu Perak.

Mereka akan akan bertemu Melaka petang ini. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.