SUKMA : Olahraga tambah dua emas lagi untuk Sarawak

Spread the love

KUALA LUMPUR, 17 Sept : Ngauman ‘Agi Hidup Agi Ngelaban’ terus bergema di Stadium Nasional Bukit Jalil petang ini apabila Sarawak menyambar dua emas acara olahraga.

Pesta dimulakan atlet kebangsaan, Grace Wong Xiu Mei yang meraih emas acara baling tukul besi wanita dengan catatan 59.01 meter.

Grace Wong yang juga pemenang pingat emas Sukan Sea Vietnam menewaskan wakil Selangor, Nurul Hidayah Lukman yang melakukan 51.12 meter manakala seorang lagi wakil Sarawak, Ailenna Thipong Laga meraih gangsa.

Lagu Ibu Pertiwiku terus berkumandang apabila Mandy Goh Li menyumbang emas acara 400 meter lari berpagar wanita.

Mandy mencatatkan 1.01.49 saat untuk menewaskan pelari Terengganu, Nor Shakiratul Aina Mohamad Asri manakala gangsa menjadi milik Ainur Shafiqah Azmi dari Negeri Sembilan.

Sementara itu, Asrul Badroldin turut menyumbang pingat perak kepada Sarawak menerusi acara lompat bergalah lelaki. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.