SUKMA : Joey Tan panah emas kelima Sarawak

Spread the love

KUALA LUMPUR, 17 Sept : Joey Tan menghadiahkan emas kelima kontinjen Sarawak apabila mengungguli acara recurve wanita hari ini.

Joey memungut keseluruhan 632 mata untuk mengatasi saingan terdekatnya M.Khiritiga dari Pulau Pinang yang memungut 626 mata.

Wakil Wilayah Persekutuan, Alia Qurisyiah Mazlan pula membawa pulang pingat gangsa.

Timbalan Menteri Pembangunan Belia, Sukan dan Usahawan negeri,Dato Gerald Rentap Jabu menerusi Facebooknya turut mengucapkan tahniah di atas kejayaan Joey.

“Agi Idup Agi Ngelaban, sik mok kalah. Team Sukma Sarawak, Keluarga Sarawak,”tulisnya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.