Sarawak tubuh unit khas cegah ‘crypto mining’ secara haram

Spread the love

KUCHING, 17 Sept : Kerajaan Sarawak menubuhkan satu unit khas di bawah Syarikat Sesco Berhad (SESCO) bagi mengesan operasi ‘crypto mining’ haram.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, aktiviti pelaburan crypto memerlukan lesen sebelum beroperasi.

Kata beliau, kebanyakan syarikat yang menawarkan pelaburan cyrpto beroperasi secara tersembunyi.

“Mereka (orang ramai) mengharapkan pulangan lebih melalui perlombongan crypto.

“Banyak berlaku penipuan, sebab itu saya mengalu-alukan kedatangan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), sekurang-kurangnya mereka boleh memberitahu orang ramai untuk mendapatkan lesen bagi perdagangan mata wang crypto, kerana ramai yang tidak tahu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Bersama [email protected] 2022, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian dan Pengerusi SC, Datuk Seri Awang Adek Hussain.

Program tersebut berlangsung pada 17 dan 18 September 2022 di sebuah pusat membeli belah anjuran SC. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.