Lelaki hilang di Pulau Talang – Talang Besar ketika pandu uji jet ski

Spread the love

KUCHING, 17 Sept : Seorang lelaki dikhuatiri hilang ketika menguji jet ski di perairan Pulau Talang-Talang Besar, Sematan, semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kehilangan Lee Chong Loong, 46, disedari oleh rakannya petang semalam.

“Difahamkan, rakannya yang menunggu Chong Long di Jeti Pak Amit, Santubong berusaha mencari mangsa sehingga pukul 7.30 petang semalam namun gagal menemuinya,” jelas jurucakap berkenaan menerusi kenyataan media hari ini.

Menurut JBPM, operasi mencari dan menyelamat (SAR) bermula pukul 10 malam tadi melibatkan kawasan lebih kurang 100 batu nautika persegi di sekitar perairan pulau itu.

Difahamkan,mangsa bersama rakannya mengelilingi kawasan Pulau Satang sambil memancing sebelum kejadian itu.

Agensi lain yang turut termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM, Pasukan Polis Marin (PPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), dan Sarawak Coastal Guard (SCG). – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.