Lebih 10,000 meriahkan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Sarawak

Spread the love

BINTULU, 17 Sept : Lebih 10,000 pengunjung memeriahkan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Sarawak di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu, di sini, malam tadi.

Majlis bermula jam 8 malam itu dimulakan dengan persembahan kesenian dan kebudayaan oleh artis tempatan dan jemputan serta penyanyi terkenal antaranya Datuk M. Nasir, Andi Bernadee (Sabah), Ramles Walter, Florence Lo, Claudia Geres, Safar Ghafar, Sazia Selir dan Max Kueh.

Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, dalam ucapannya, berkata jumlah yang hadir adalah melebihi 10,000 orang berbanding jangkaan 5,000 orang oleh penganjur sambutan bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’.

Tetamu kehormat majlis sambutan tersebut adalah Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib.

Turut hadir Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang serta dif-dif kehormat yang lain.

Kemuncak sambutan diakhiri dengan pertunjukan bunga api berirama. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.