Kenali laluan pelaburan yang selamat melalui SC

Spread the love

KUCHING, 17 Sept : Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menasihat orang ramai agar lebih peka ketika memilih platform supaya tidak menjadi mangsa penipuan.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin berkata, berdasarkan rekod terdapat 1,800 aduan diterima pihaknya pada 2020 meningkat kepada 3,500 pada tahun lepas.

Katanya, majoriti aduan yang diterima membabitkan kesulitan pelaburan yang dialami.

“Majoriti pengadu telah menjadi mangsa kepada sindiket penipuan ataupun scam.

“Pada separuh tahun ini, sebanyak 1,350 individu telah memfailkan aduan.Ini menunjukkan peningkatan setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam temu bual khas bersama TVS di sini hari ini.

Sementara itu, Awang Adek memberitahu, orang ramai boleh menyemak status syarikat-syarikat yang tergolong dalam senarai amaran di laman web SC sebelum membuat sebarang keputusan untuk melabur.

“Maknanya syarikat-syarikat ini (yang tersenarai) memang tidak dilesenkan oleh SC, kita tahu mereka menjalankan kegiatan yang tidak betul,”katanya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.