Tanpa Sarawak, tiada Malaysia – Henry Jinep

Spread the love

BINTULU, 16 Sept : Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang membawa kepada pembentukan Malaysia boleh dijadikan asas untuk menguatkan perpaduan di kalangan rakyat negara ini, kata Dato Henry Harry Jinep.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan II Sarawak berkata, intipati MA63 juga amat signifikan dengan sambutan Hari Malaysia.

“Sejarah itu sangat penting untuk dihayati oleh generasi baharu kerana tanpa Sarawak, tiada Malaysia.

“Perjanjian MA63 yang kita tandatangani untuk pembentukan Malaysia harus dipatuhi. Itu yang penting,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas menghadiri Program Unity Ride sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2022 di perkarangan Lapangan Terbang Lama, Bintulu, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Henry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru berkata, sejarah juga mengajar Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang utuh menerusi kepelbagaian kaum, bangsa dan agama.

“Sempena sambutan Hari Malaysia tahun ini, saya ingin menyeru agar rakyat Malaysia terus bersatu padu bagi membina kekuatan dan perpaduan,”katanya.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.