SUKMA : Sarawak gagal ke suku akhir bola sepak

Spread the love

KUALA LUMPUR, 16 Sept : Skuad muda Ngap Sayot terpaksa akur apabila gagal mara ke suku akhir acara bola sepak Sukma Malaysia (SUKMA) ke-20 selepas tewas 0-2 kepada Johor petang ini.

Hujan lebat di padang Stadium Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di Bangi yang menjadi venue perlawanan tidak menganggu rentak kedua – dua pasukan apabila aksi rancak disajikan.

Bagaimanapun keputusan 0-0 kekal sehingga tamat separuh masa kedua.

Dua minit separuh masa kedua bermula, Johor pantas menjaringkan gol pertama mereka menerusi gerakan Muhammad Naqiu Aiman Abdul Hadi untuk mendahului 1-0.

Di sebalik kebangkitan yang dipamerkan Sarawak untuk mencari gol penyamaan, pertahanan Johor dilihat ampuh bertahan untuk mengekang setiap asakan Sarawak.

Ketika permainan memasuki masa tambahan, Daryl Sham berjaya menyempurnakan penalti untuk mengesahkan kemenangan Harimau Selatan.

Keputusan itu menyaksikan Johor dan Pahang daripada Kumpulan B mara ke suku akhir.

Sarawak memulakan kempen dengan langkah kanan apabila menewaskan Melaka 2-1 namun tunduk kepada Pahang 1-0 pada pusingan kedua. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.