PM Ismail Sabri ucap Selamat Hari Malaysia, mahu sambutan jadi pemangkin perpaduan rakyat

Spread the love

KUALA LUMPUR, 16 Sept : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tanggal keramat 16 Sept sempena Hari Malaysia hari ini wajar dijadikan titik tolak bagi menyemarakkan lagi perpaduan, keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran sesama rakyat negara berteraskan nilai Keluarga Malaysia.

Dalam ucapan ringkas sempena hari memperingati pembentukan Malaysia, Perdana Menteri mendoakan supaya Keluarga Malaysia terus menjunjung semangat integrasi nasional, kesetiaan kepada raja dan negara serta Malaysia terus dipelihara dalam keamanan dan kemakmuran.

“Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia 2022 kepada seluruh Keluarga Malaysia di mana jua anda berada… Selamat Hari Malaysia Keluarga Malaysia – Teguh Bersama!,” katanya dalam catatan di Facebook beliau hari ini.

Perdana Menteri dijadual menghadiri dan memberi ucapan pada sambutan Hari Malaysia 2022 peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka malam ini.

Ia juga merupakan sambutan peringkat kebangsaan julung kali diadakan di Semenanjung. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.