Lelaki maut cuba tahan kereta menggelongsor masuk laut

Spread the love

LUMUT, 16 Sept : Seorang lelaki yang cuba menahan sebuah kereta daripada menggelongsor ke dalam laut terkorban apabila dilanggar dan terperosok di bawah kenderaan itu di Teluk Senangin di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, mangsa, Muhammad Hafiz Ramli, 31, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat lemas.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa cuba menahan keretanya jenis Proton Persona yang secara tiba-tiba bergerak ke hadapan.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 11.34 malam yang memaklumkan berhubung kejadian itu.

“Apabila bomba tiba, mangsa telah dibawa naik ke tepi pantai.

“Namun pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan mayat diserahkan kepada pihak polis,” katanya kepada pemberita hari ini.

Operasi yang dijalankan oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis itu ditamatkan pada pukul 1.45 pagi. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.