Tiga nama untuk dipilih sebagai calon GPS Parlimen Miri – Dr. Sim

Spread the love

MIRI, 15 Sept : Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) akan menyerahkan tiga nama kepada kepimpinan tertinggi Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk dipilih sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi kerusi parlimen ini.

Presidennya, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian berkata, sebelum proses berkenaan, tiga cawangan mereka di Miri akan memberi nama kepada parti yang merupakan amalan biasa.

“Selepas mendapat nama berkenaan, pemimpin tertinggi SUPP akan bertemu Pengerusi GPS,Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan pemimpin tertinggi lain untuk kita memutuskan calon akhir,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Skim Bantuan Deposit Perumahan (HDAS) dan Program Rumah Spektra Mutiara (RSM) di sini semalam.

Dr. Sim yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata, setakat ini kebanyakan cawangan SUPP telah menghantar nama calon untuk dipertimbangkan bertanding dalam PRU kelak.

“SUPP juga telah membuat semakan latar belakang calon yang akan bertanding,”katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.