Projek Jalan Igan-Sungai Ilas berjalan lancar hasil pemantauan JKR

Spread the love

IGAN 16 Sept : Projek pembinaan Jalan Igan ke Sungai Ilas yang diteruskan semula selepas tergendala akibat pandemik COVID-19 kini berjalan lancar.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti Dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya berkata, sebelum ini projek itu dikategorikan sebagai projek sakit namun selepas pemantauan ketat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, kerja – kerja pembinaan kini mengikut jadual.

Menurut Juanda, beliau juga dimaklumkan bahawa usaha pembaikan yang dilakukan oleh kontaktor berjalan lancar.

“Saya berharap agar kontraktor dapat mewujudkan sistem kerja yang lebih pantas.

“Setakat ini mereka tidak menghadapi masalah pekerja, material mesin dan sebagainya, cuma mereka perlu membuat perancangan kerja yang lebih teltiti lagi,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam lawatan ketiganya ke tapak projek berkenaan semalam.

Juanda yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng berkata, beliau secara peribadi turut memantau projek berkenaan sejak awal dan kini hasil pemantauan ketat JKR telah menunjukkan perkembangan yang amat memberangsangkan.

Sebelum ini, projek berkenaan mengalami masalah berikutan isu berkaitan tanah selain pandemik COVID-19.

Projek jalan raya sepanjang 11 kilometer (km) ini bakal menghubungkan sekitar 1,000 penduduk di kawasan Sungai Ilas dengan jalan raya utama apabila siap kelak. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.