Peruntukan RM1.5 juta naik taraf Taman Awam Miri

Spread the love

MIRI, 16 Sept : Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan sebanyak RM1.5 juta untuk projek menaik taraf Taman Awam Miri, kata Dato Sri Lee Kim Shin.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak berkata, konsep pembangunan yang dirancang itu juga akan menjadikan taman awam berkenaan sebagai tarikan pelancongan baharu di Miri.

Katanya, taman awam baharu itu akan mempunyai beberapa taman yang berkonsep berbeza.

“Miri akan mempunyai taman tebing batu, taman hutan dan taman sedia ada.

“Taman yang terletak di atas bukit ini akan membolehkan pengunjung melihat pemandangan seluruh kawasan bandar raya,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada taklimat reka bentuk akhir Projek Naik Taraf Taman Awam di Dewan Majlis Bandaraya Miri (MBM) di sini semalam.

Sementara itu, Kim Shin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin berkata, MBM ingin mengetengahkan konsep reka bentuk batu sebagai tapak geologi di taman itu.

“MBM akan membina sebuah taman tebing batu sebagai tapak geologi.

“Taman ini juga akan dilengkapi dengan maklumat bagaimana industri minyak dan gas bermula di Miri,”katanya.

Pembinaan taman awam itu merangkumi kawasan seluas lebih 11.05 ekar dijangka siap dalam tempoh setahun. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.