Cadangan penubuhan OPUS Sarawak bantu pengurusan aset dan infrastruktur kerajaan negeri

Spread the love

KUCHING, 16 Sept : OPUS Sarawak dicadangkan penubuhannya bagi membantu Kerajaan Sarawak dalam pengurusan aset serta infrastruktur membabitkan projek-projek kerajaan.

Perkara itu dinyatakan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta Berhad (UEMEd) Syahrunizam Samsudin ketika mewakili Pengerusinya Tan Sri Dr Azmil Khalil mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia semalam.

“Kerjasama di antara UEM Edgenta dan Kerajaan Sarawak juga dilihat penting bagi memastikan visi Premier Sarawak ke arah Sarawak maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030 berjaya dicapai.

“Premier Sarawak amat berbesar hati untuk kami teruskan proposal ini.

“Oleh itu, UEMEd akan menjalin kerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) untuk proposal baharu yang selari dengan visi Premier Sarawak menuju 2030,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Untuk rekod UEM Edgenta telah bertapak di Sarawak sejak 20 tahun lalu dan terlibat dalam beberapa konsultasi dan khidmat nasihat kepada Kerajaan Sarawak.

Antaranya termasuk pengurusan projek bagi Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak untuk jaringan jalan pesisir pantai dan jalan utama kedua. -TVS

 

 

KUCHING, 15 Sept: Perancangan UEM Edgenta Berhad (UEMEd) dalam memperluaskan khidmat pengurusan aset dan infrastruktur kepada kerajaan negeri diperincikan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam satu kunjungan hormat di pejabat beliau di Wisma Bapa Malaysia, Petrajaya Kuching pagi tadi.

Rombongan UEMEd diketuai oleh Pengerusinya Tan Sri Dr Azmil Khalil, Ketua Pegawai Eksekutif, Syahrunizam Samsudin dan pengurusan tertinggi UEMEd.

Antara yang dibincangkan adalah pembukaan pusat khidmat nasihat dan rundingan aset OPUS iaitu anak syarikat Pengurusan Aset dibawah UEM Edgenta dengan nama OPUS Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif Syahrunizam Samsudin berkata OPUS Sarawak akan menjadi ‘hub’ UEMEd di negeri ini bagi khidmat nasihat dan rundingan projek melibatkan kerajaan negeri.

“Premier sangat berbesar hati menerima cadangan agar dibangunkan OPUS Sarawak dengan kerjasama kerajaan negeri bagi pengurusan dan konsultansi projek.

“Kami akan mengadakan perbincangan seterusnya bersama beberapa badan lain antaranya SEDC dan EPU dan membuat satu proposal baharu serta merangka bentuk kerjasama terhadap projek yang penting,” katanya.

Kerjasama UEMEd dan kerajaan negeri dilihat penting bagi memastikan visi Premier Sarawak ke arah negeri berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030 berjaya dicapai.

UEMEd telah bertapak di Sarawak sejak 20 tahun lalu dan terlibat dalam beberapa konsultansi dan khidmat nasihat kepada kerajaan negeri. Antaranya Penasihat Pengurusan Projek bagi Jabatan Kerjaraya Sarawak untuk jaringan Jalan Pesisir Pantai dan Jalan Utama Kedua. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.