Aktiviti ‘bouldering’ tawar kepuasan berbeza

Spread the love

KUCHING,15 Sept: Aktiviti mendaki tembok tiruan atau dikenali sebagai ‘indoor wall climbing’ sememangnya popular di kalangan peminat aktiviti ekstrem di seluruh dunia..

Di Kuching, Altidude Climbing merupakan antara fasiliti yang menawarkan aktiviti tersebut.

Namun, syarikat tersebut menawarkan kelainan dengan aktiviti ‘bouldering’ yang pastinya mencuri tumpuan peminat sukan lasak terutamanya yang gemar mendaki.

Menurut pemilik Altidude Climbing, Malcolm Jitam berkata,’bouldering’ adalah sejenis aktiviti lasak seperti ‘rock climbing’ tetapi ia nya lebih mudah dan tidak memerlukan sebarang alatan.

“Ia sangat mudah, anda hanya perlu pakai kasut dan letakkan sedikit kapur di tangan dan kemudian anda boleh terus memanjat.

“Aktiviti ini sangat mudah berbanding ‘rock climbing’ yang memerlukan latihan, perlu mempunyai pensijilan, perlu mematuhi prosedur keselamatan yang ketat dan banyak alat diperlukan untuk melakukannya,” katanya.

Jelas Malcolm, pihaknya menawarkan aktiviti ‘bouldering’ bagi memberi pendedahan kepada peminat sukan ekstrem di Sarawak mengenai aktiviti berkenaan yang cukup popular dalam kalangan pencinta sukan lasak di negara Eropah.

Jelas Malcolm lagi, aktiviti itu akan menjadi lebih seronok jika dilakukan secara berkumpulan .

“Kalau kamu nak belajar cara memanjat, digalakkan untuk datang pada masa yang ramai orang kerana pada waktu itu semua orang akan bersorak dan memberi kata-kata semangat kepada anda untuk melakukan aktiviti itu.

“Aktiviti ini menyeronokkan sebab mereka saling bantu-membantu tidak mengira anda pendaki yang bagus atau tidak,” katanya.

Altidude Climbing mempunyai lebih daripada 5 jenis dinding dengan laluan dan tahap kesukaran berbeza yang mana ia memberikan keseronokan luar biasa dan berbeza kepada pengunjung.

Terletak di dalam bangunan The Hills Kuching, peminat aktiviti ‘bouldering’ boleh mencubanya dengan kadar bayaran serendah RM25 sahaja.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.