UNIMAS anjur Ultramarathon sempena ulang tahun ke-30

Spread the love

KOTA SAMARAHAN, 15 Sept : Bersempena sambutan ulang tahun ke-30 penubuhannya,Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) kembali menganjurkan ultramarathon,UNIMAS Ultra 8 to 8.

Pengarah Program,Khadijah Mohd Tuah berkata,acara itu akan bermula pada pukul 10 malam 22 Oktober ini dan dijangka berakhir pada pagi pukul 8 pagi keesokan harinya.

Katanya, ultramarathon tahun ini juga istimewa kerana diadakan selepas dua tahun direhatkan berikutan pandemik COVID-19.

“Acara ini dianjurkan oleh Fakulti Bahasa dan Komunikasi dengan kerjasama UNIMAS Korporat bersama Revolution Run Borneo.

“UNIMAS Ultra 8 to 8 2022 merupakan edisi ketiga elepas kali pertama pada 2018 dan dikutinya yang kedua pada 2019,”katanya di sini semalam.

Khadijah berkata,Ultramarathon berkenaan membabitkan tiga kategori serta waktu larian yang berbeza.

“Acara ini dinamakan UNIMAS 8 to 8 ultra disebabkan acara ini akan bermula pukul 8 malam untuk kategori satu.

“Terdapat tiga kategori dengan perlumbaan dengan kategori pertama akan bermula pukul 8 pagi selama 12 jam dengan jarak larian 50 kilometer (km).

“Kategori kedua pula akan bermula pukul 2 pagi hingga 8 pagi dengan jarak minimum 30 km manakala kategori ketiga melibatkan larian sejauh 10 km yang bermula pukul 6 hingga 8 pagi,”katanya.

Katanya,yuran penyertaan yang dikenakan bermula RM60 hingga RM200 dan orang ramai yang berminat boleh mengikuti laman Facebook UNIMAS Ultra 8 to 8. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.