Syarikat Australia lihat Sarawak sebagai destinasi pelaburan ideal

Spread the love

KUCHING, 14 Sept: Sarawak dilihat memiliki potensi sebagai destinasi pelaburan terbaik bagi sektor pengeluaran mangan sulfat berketulenan tinggi.

Ini dibuktikan menerusi minat ditunjukkan Element 25 yang merupakan syarikat berasal dari Australia yang hadir mengadakan perbincangan lanjut dengan Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Sebelum ini, Element 25 dilaporkan berminat untuk mengeluarkan mangan sulfat untuk pembuatan bateri ion litium dan menjalankan kajian kebolehlaksanaan projek tersebut.

Turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Dr. Malcolm Mussen Lamoh, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan (MINTRED) Dzulkornain Masron dan pegawai kanan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) Sarawak, wakil Petroleum Sarawak Berhad (PETROS), Sarawak Energy Berhad (SEB), Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan Pelabuhan Samalaju.

Sarawak kini menarik minat kepada sektor kenderaan elektrik (EV) dengan terdapatnya kilang pengeluaran ‘copperfoil’ (kerajang tembaga) yang beroperasi di Kuching.- TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.