Sarawak hantar 564 atlet pada SUKMA ke-20

Spread the love

KUCHING, 14 Sept : Sarawak menyenaraikan seramai 564 atlet untuk membawa cabaran pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke -20 di Kuala Lumpur yang akan membuka tirai secara rasmi bermula 16 hingga 24 September ini.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan negeri, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kontinjen Sarawak juga akan diiringi oleh seramai 41 orang pengurus pasukan dan 107 pegawai sukan.

Katanya, Sarawak akan menyertai 31 acara sukan yang membabitkan 426 perlawanan yang diadakan di beberapa venue di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Sehubungan itu, saya ingin menasihati agar atlet dan pegawai yang dihantar bertanding supaya dapat menjaga nama baik Sarawak sepanjang SUKMA berlangsung.

“Anda semua merupakan duta Sarawak apabila anda berada di Kuala Lumpur,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan bendera kepada kontinjen SUKMA Sarawak di sini semalam.

Kontinjen Sarawak akan diketuai oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan negeri, Dato Gerald Rentap Jabu.

Beliau akan dibantu oleh Timbalan Ketua Kontinjen, Nancy Jolhi yang merupakan Setiausaha Tetap kementerian berkenaan. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.