Pengumpulan data yang teratur bantu atasi masalah di masa hadapan

Spread the love

KUCHING, 14 Sept: Kaedah pengumpulan dan penyaluran data yang tepat serta sistematik mampu membantu kerajaan untuk merancang perlaksanaan dasar bagi mengatasi isu yang mungkin akan timbul di masa hadapan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penggunaan aplikasi digital untuk mengumpul data membolehkan data tersebut digunakan untuk membuat persiapan apa yang mungkin berlaku di masa depan seperti meramal lokasi bencana alam seterusnya mengurangkan implikasi dan kemusnahan.

“Inilah apa yang saya sebut sebagai pendekatan untuk kita mengurangkan risiko daripada apa yang berlaku di satu-satu tempat.

Menurut Abang Johari, pengumpulan data melibatkan perkara yang mungkin berlaku di masa hadapan seperti lokasi yang diramal berhadapan dengan bencana banjir akan membantu kerajaan mencari kaedah penyelesaian kepada masalah tersebut.

“Data yang disebutkan tadi akan di analisa di peringkat pusat kawalan operasi kita dan sudah tentu mereka akan dapat memberikan cadangan kepada kerajaan apa yang harus kita lakukan supaya jalan penyelesaian dan persiapan dapat kita beri kepada apa yang akan berlaku.” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa inisiatif Kerajaan Sarawak menerusi pengumpulan data menggunakan aplikasi digital ketika pengurusan pandemik COVID-19 dua tahun lepas turut diiktiraf oleh beberapa badan antarabangsa termasuk universiti Salford dari United Kingdom.

“Sebenarnya data ini lah yang penting bagi kita memberikan keputusan dan juga dasar bagi kita menghadapi bebanan yang ditimpa oleh rakyat termaksuklah dari sudut pendapatan, risiko peniagaan dan juga beberapa perkara yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Transcend Sarawak 2022 di Tegas Digital Village di sini. TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.