Kerjasama erat kerajaan dan pemimpin komuniti pacu pembangunan kawasan

Spread the love

SARIKEI, 14 Sept : Sokongan padu Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) sebagai jambatan penghubung kerajaan dan penduduk penting bagi memastikan pembangunan di sesuatu kawasan itu berjalan lancar.

Selain itu peranan mereka perlu seiring dengan pelaksanaan dasar kerajaan, di samping peka dengan perubahan semasa supaya agar dapat melaksanakan amanah dengan lebih sempurna.

Residen Bahagian Sarikei, Felicia Tan Ya Hua menjelaskan kerjasama erat antara kedua-dua pihak mampu memberi impak terhadap peningkatan taraf hidup rakyat secara lebih menyeluruh dan inklusif.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Program Pemerkasaan Kepimpinan Luar Bandar, di Dewan Suarah Sarikei pada Selasa.

“Peranan utama JKKK adalah untuk sama –sama membangunkan sosial ekonomi kampung ataupun rumah panjang, dengan kerjasama erat daripada pejabat residen, pejabat daerah, (Kementerian Pembangunan Luar Bandar) KPLB dan pelbagai jabatan kerajaan dan sektor swasta.

“Selain itu, bantuan tuan-tuan amatlah diperlukan dalam menyediakan sistem pangkalan data atau pun kita kenali dengan nama mudah profil kampung,” katanya.

Malah katanya, kerajaan Sarawak dengan kerjasama kerajaan persekutuan berharap perancangan pembangunan kampung datangnya dari cetusan idea kepimpinan komuniti itu sendiri.

“Niat kerajaan adalah murni dimana kita di pihak kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, menyediakan pelan pembangunan atau pelan tindakan pembangunan yang menyeluruh, dari perspektif kerajaan ataupun agensi.

“Tetapi sekarang kita memantapkan lagi kepimpinan di akar umbi untuk membantu kita merancang dan juga menyediakan plan tindakan kampung atau pun pelan pembangunan untuk dicadangkan kepada kerajaan,” katanya lagi.

Program yang disertai seramai 107 orang pemimpin peringkat kampung itu merupakan sebahagian usaha kerajaan melalui Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) dalam menjadikan kawasan luar bandar lebih menarik selain kondusif.

Hadir sama, Penolong Pegawai Komuniti dan Kemahiran Kemas Sarikei, Bangie Mujap dan Pegawai Kemas Bahagian Kota Samarahan, Syuaib Ahmad. – TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.