Bola sepak SUKMA : Pahang sekat rentak kemenangan Sarawak

Spread the love

BANGI, 14 Sept : Hasrat Sarawak untuk mencatatkan kemenangan kedua acara bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) ke – 20 di Kuala Lumpur tidak kesampaian selepas tewas tipis 0-1 kepada Pahang di Stadium UNITEN Bangi, di sini sebentar tadi.

Pahang membuka jaringan pada minit ke-22 menerusi Ibrahim Manusi yang bijak memanfaatkan situasi kelam kabut di hadapan gawang Sarawak yang dikawal Khairul Fahmi Jamariza.

Aksi semakin sengit apabila Sarawak bangkit memperkemaskan permainan dalam usaha memberi tekanan kepada Tok Gajah.

Berselang lima minit, Sarawak berpeluang menyamakan kedudukan selepas dihadiahkan penalti.

Bagaimanapun sepakan yang diambil oleh Faris Mohd. Faidillah terkena palang manakala gerakan susulan berjaya diselamatkan penjaga gol Pahang, Nazul Izamil Zulkifli.

Bersambung babak kedua, Sarawak mengawal permainan sepenuhnya namun malang menimpa Ngap Sayot apabila kehilangan seorang pemain selepas ketua pasukan, Iskandar Shah diarahkan meninggalkan padang pada minit ke-70.

Keputusan berkenaan kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Sarawak akan bertemu Johor pada Jumaat ini untuk perlawanan terakhir dan peluang ke suku akhir masih belum tertutup sepenuhnya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.